Pengenalan
Sek.Men. Teknik Langkawi 07000 Langkawi Kedah.



SEJARAH SEKOLAH

Projek pembinaan dimulakan pada 15 Mei 1989 dan siap dibina sepenuhnya pada 12 November 1990. Sekolah dibuka pada  1hb.Januari 1991 dengan pengetua pertamanya, En. Umar bin Man dengan seramai 8 orang guru dan 2 orang kaki tangan.Terletak kira-kira 4 km. dari Pekan Kuah dengan keluasan 47 ekar, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Pulau Langkawi(SMVPL).

Pengambilan pelajar pertama pada awal tahun 1992 dengan bilangan pelajar seramai 200 orang yang mengikuti 7 bidang kursus iaitu Elektrik,Automotif,Binaan Bangunan,Katering,Bakeri & Konfeksionari, Hortikultur Hiasan & Lanskap dan Kejenteraan Ladang.

Sekolah ini telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik selepas penstrukturan semula sekolah vokasional oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Mulai tahun 1998, sekolah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Teknik Langkawi(SMTL) dengan menawarkan dua kursus teknikal  iaitu Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Awam di samping kursus-kursus vokasional yang sedia ada.Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik pula mula ditawarkan kepada pelajar pada tahun 2002.

Di masa ini,sekolah mempunyai seramai 90 orang guru dan kakitangan serta bilangan pelajar ialah seramai 560 orang.

Senarai Pengetua
1.En. Umar b. Man                                               1991-1992
2.En.Rasiman b. Matsil                                        1992-1996
3.Allahyarham Zainol Abidin b. Mat Zain     1997-1998
4.En.Yunus b. Chin                                               1999-2000
5.En.Misrah b. Ibrahim                                        2000-2001
6.Tn.Hj.Suib b. Abd.Manap                               2001-sekarang

Lagu Sekolah
SMTPL Sekolah Tercinta
Lambang semangat perpaduan kita
Cekalkan hati tingkatkan usaha
Mencerminkan kejayaan kita

Berketrampilan semua pelajarnya
Gurulah pembimbing utama
Akhlak mulia jadi tunggak nya
Tingkat usaha jangan putus asa

Wawasan menjadi satu cabaran
Pemimpin sebagai tunggak harapan
Disiplin ibaratkan jambatan
SMTPL tempa kejayaan.....
Ciptaan:Zaidin H.M.Nor

[ Pengenalan ] Misi&Visi ] Pengetua ] Pentadbiran ] Guru ] Staff ] Kursus ] Akademik ] Ko-Kurikulum ] Album ] Asrama ] PIBG ] Hala Tuju ] Maklum Balas ] Links ]

Laman ini dibangunkan dan diuruskan oleh Zahari Mohd.Zain
Unit Pengajian Kej.Elektrik & Elektronik
SMT Langkawi 2002
Tel:019-4498444
Kemaskini: 19 September 2002 04:11 PM